Pesakit buah pinggang di negara ini perlu menunggu antara lima hingga 10 tahun sebelum tiba giliran mereka bagi mendapatkan rawatan pemindahan organ baharu.
Ketua Pendidikan Awam Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF), Maznifah Fatah berkata tempoh yang lama itu adalah kerana ketika ini hanya satu peratus daripada 30 juta penduduk negara ini yang berikrar untuk menderma buah pinggang mereka.
"Ini kerana kurangnya kesedaran orang ramai mengenai kepentingan menderma organ bagi membantu mereka yang memerlukan," katanya ketika ditemui pada kempen menderma organ di Ibu Pejabat Besraya, Plaza Tol Lok Yew di sini hari ini.
Menurutnya pada masa ini terdapat lebih 19,000 pesakit buah pinggang yang sedang menunggu untuk mendapatkan organ baharu.
Beliau berkata selain pesakit buah pinggang, pesakit lain yang turut menunggu pendermaan organ baharu termasuk pesakit jantung iaitu seramai tujuh orang sementara hati dan paru-paru masing-masing seramai enam orang.
"Oleh itu NKF mengadakan kempen kesedaran bagi memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai kepentingan menderma organ," katanya.
Sementara itu Ketua Pegawai Unit Perniagaan Besraya (M) Sdn Bhd, Md Zohir Harun berkata program itu dijalankan dengan kerjasama NKF sebagai tanda sokongan mereka dalam menjayakan kempen menderma organ.
"Ini merupakan tahun kedua program seperti ini dijalankan bagi menggalakkan orang ramai dan kakitangan syarikat kami untuk sama-sama menyertainya dan menjadi penderma organ," katanya.
Seorang kakitangan Besraya (M) Sdn Bhd, Khairunnisa Md Ismail, 30, berkata program itu memudahkan mereka mendapat maklumat mengenai pendermaan organ dan pada masa sama membuat pemeriksaan kesihatan.
"Melalui program seperti ini juga kita boleh mengesan awal tanda-tanda sebarang penyakit sekiranya mempunyai masalah kesihatan," katanya.
Nor Arif Mustapah, 25, peronda lebih raya Besraya (M) Sdn Bhd pula berpendapat program itu memberi kemudahan kepada mereka untuk membuat pemeriksaan kesihatan tanpa perlu ke pusat kesihatan.
Pada program itu, beberapa pemeriksaan kesihatan diadakan antaranya pemeriksaan buah pinggang, berat badan, mata dan payudara dijalankan secara percuma.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 16 2017
Proses dalam bilik pembedahan bagi pesakit buah pinggang bergantung kepada kesedaran ramai tentang kepentingan menderma organ. - Reuters
Operasi secara terhad, unit pergigian sedia santuni jemaah
Menjadi satu-satunya yang menawarkan perkhidmatan pergigian, Unit Pergigian Tabung Haji (TH) tetap gigih dan sedia menyantuni 31,600 jemaah haji, sama seperti perkhidmatan rawatan yang ada di Malaysia.
Tanah runtuh: Malaysia sedia hulur bantuan kepada Papua New Guinea - PM
Katanya, hantaran bantuan akan mencabar memandangkan kejadian berlaku di kawasan pergunungan terpencil dan muka bumi yang berceranggah.
AWANI Pagi: Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Kebangsaan
Saksikan siaran luar AWANI Pagi sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Kebangsaan di Angsana Mall Johor Bahru bersama Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
[TERKINI] Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden tanah runtuh di Mulitaka setakat ini - Wisma Putra
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas dengan kejadian tanah runtuh di Mulitaka, daerah Porgera-Paiela, Wilayah Enga, Papua New Guinea, pada Jumaat.
Jenazah Sarjan Faridah selamat dikebumikan di Pokok Sena
Jenazah tiba di tanah perkuburan pada jam 9 pagi dan selamat dikebumikan pada jam 10.20 pagi mengikut adat istiadat ketenteraan.
HBN 2024: 3,000 peserta meriahkan Larian #YakinBoleh
Larian bermula di Jalan Parameswara melalui Jalan Melaka Raya, Jalan Plaza Mahkota, Jalan Merdeka dan berakhir di Padang Dataran Pahlawan.
Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden tanah runtuh Papua New Guinea - Wisma Putra
Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada Kerajaan Papua New Guinea dan keluarga mangsa yang terlibat.
Suasana pilu sambut kepulangan jenazah Sarjan Faridah
Ahli keluarga memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Sarjan Faridah sebelum dikebumikan.
Kereta langgar pembahagi jalan, lima sahabat nyaris maut
Kenderaan terbabit dipercayai dari Port Dickson sebelum terbabas di lokasi kejadian dan merempuh pembahagi di tengah lebuh raya.
AWANI Ringkas: Jinakkan Jepun, bakal menentang India
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
COVID-19: Dubai larang pembedahan tidak penting, aktiviti hiburan
Penangguhan sementara yang berkuat kuasa mulai 12 tengah malam Khamis adalah bagi memberi keutamaan kepada rawatan pesakit COVID-19.
Penyakit Imunodefisiensi Primer kini bukan dalam kategori jarang berlaku di Malaysia
Pesakit tidak didiagnos sebaik mungkin, menyebabkan ia lambat dikesan malah dalam banyak situasi, pesakit sudah alami kerosakan organ.
Kalau dulu Beckham, jejaka ini kini mahu jadi persis Victoria pula
Jika dahulu dia menghabiskan duitnya untuk kelihatan seperti pemain bola sepak dunia, David Beckham kini dia mendedahkan ingin kelihatan seperti Victoria, isteri kepada David.
Pakar bedah anak M'sia ketuai pasukan Australia beri wajah baharu budak lelaki Filipina
Pakar bedah Malaysia mengetuai pasukan empat pakar bedah untuk membuang ketumbuhan yang mencacatkan wajah seoang budak lelaki Filipina berumur tujuh tahun.